Wednesday, November 24, 2010

II marah betul saya... II

Assalamualaikum...haha, dah setahun tak update blog nih..kali ni tetiba update...bukan setakat update bersih semua sawang2...cap baru lagi..kihkih

Pasal tajuk di atas tu... nak dibuatkan cerita... pagi tadi bangun tidur terus tengok tv... macam2 rancangan tengok.. antaranya rancangan WANITA HARI INI...

Hari ini isu yang dibincangkan adalah berkenaan dengan MAHA... tau tak apa itu MAHA ? ... kalau tak tahu cari la sendiri... nanti kalau aku cerita pasal MAHA aku kena tukar tajuk cerita ni jadi "MAHA betul saya..." pulak...

Tadi adalah tetamu jemputan yang merupakan usahawan-usahawan yang bakal terlibat dengan MAHA itu nanti termasuklah usahawan "TAHARAH"...alaaa sabun yang diperbuat dari tanah liat tu la..

Bagus sebenarnya produk2 sebegini kerana memudahkan urusan kita... antaranya untuk melakukan "SAMAK"...inilah yang disebut oleh usahawan TAHARAH tersebut...

"SAMAK"???? Hah...inilah yang membuatkan saya marah... ramai diluar sana salah faham... asal tersentuh sesuatu yang dikatakan najis "Mughalazah" iaitu sesuatu yang berkaitan dengan anjing dan khinzir dan lain-lain najis berat, mesti perkataan yang terpacul dari mulut kita

"Hah...nak kena samak nih..."

Sebenarnya perkara yang perlu kita lakukan apabila terkena najis berat ini adalah "SERTU" bukan "SAMAK" ...

Kesilapan ini sering belaku kerana :

(1) Sudah menjadi kebiasaan kita menyebut "samak".
(2) Perkataan "samak" lebih berbunyi kasar berbanding "sertu".
(3) Rujukan kita seperti BUKU / GURU / atau orang yang berpengalaman juga terkeliru akan hal ini

Kalau tak setuju atau masih ada ragu-ragu dengan statement saya ini boleh teruskan membaca petikan yang saya ambil dari sebuah laman sesawang (http://tayibah.com/eIslam/istinjak.htm) sepertimana di bawah :


ISTINJAK, SAMAK DAN SERTU




1. Istinjak ialah menghilangkan najis yang keluar dan qubul dan dubur selepas membuang air kecil atau air besar dengan menggunakan alat-alat instinjak.

2. Hukum istinjak adalah wajib apabila seseorang itu membuang air besar atau kecil. Istinjak boleh dilakukan dengan air, atau batu atau benda-benda kesat. Menggunakan kedua-duanya (air dan batu atau benda-benda kesat) dalam satu masa sebagai alat istinjak adalah lebih afdal (baik).

Sabda Rasulullah S.A.W.:

Bila salah seorang antara kamu pergi buang air hendaklah beristinjak dengan tiga biji batu, kerana
demikian itu cukuplah untuknya (Riwayat An-Nasai dan Abu Daud)

3. Alat-alat yang boleh digunakan untuk beristinjak termasuklah:

(a) air mutlak;

(b) benda-benda yang kesat, keras dan kering seperti batu, kayu, daun kering, kertas, dan sebagainya.



4. Alat-alat yang diharamkan untuk beristinjak termasuklah:

(a) bahan-bahan makanan seperti roti;

(b) tulang-tulang binatang;

(c) kertas yang tertulis nama Allah S.W.T., ayat­-ayat Al-Quran dan Al-Hadis.



CARA BERISTINJAK



1. Istinjak boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu :

(a) menggunakan air mutlak;

i. bersihkan tempat keluar najis hingga suci dan dan bersih

ii. pastikan hilang bau, rasa, rupa, dan warna najis tersebut.

(b) menggunakan benda kesat atau batu

i. hendaklah dicalitkan tempat keluar najis sebanyak tiga kali,

ii. jika menggunakan satu batu, hendak disapukan pada tiga penjuru batu tersebut,

iii. sekiranya masih belum bersih, wajib diulang sehingga benar-benar suci.

(c) menggunakan air dan batu;

i. menyapu tempat keluar najis dengan batu sehingga hilang najis tersebut,

ii. kemudian, dibersihkan dengan air untuk menghilangkan rasa, bau, dan warnanya

Cara ini adalah yang paling afdal jika dibandingkan dengan cara (a) dan (b).



2. Selepas selesai beristinjak, kita disunatkan membaca doa memohon kepada Allah S.W.T. supaya kita tergolong dalam golongan yang bersih dan beramal soleh.



3. Beristinjak dengan benda-benda kesat mempunyai beberapa syarat, iaitu:

(a) alat tersebut kering dan bersih;

(b) alat tersebut bukan daripada benda yang

(c) diharamkan seperti makanan atau yang seumpama dengannya;

(d) najis tersebut masih belum kering;

(e) najis tersebut tidak beralih daripada tempat asalnya;

(f) disapu sebanyak tiga kali, tetapi sekiranya belum bersih hendaklah diulang lagi sehingga bersih;

(g) tidak ada benda-benda lain yang melekat di tempat keluar najis.



Hikmat-hikmat beristinjak termasuklah:



(a) menjauhkan diri daripada kuman yang membawa penyakit;

(b) supaya badan dalam keadaan sihat dan bersih;

(c) dapat mengerjakan ibadat kepada Allah S.W.T., dengan khusyuk;

(d) mengelakkan daripada dipandang jijik oleh orang lain;

(e) supaya anggota badan tidak dijangkiti oleh pelbagai penyakit.



SAMAK

1. Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya.

2. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman­kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.

Sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya: Setiap kulit yang disamak menjadi bersih. (Riwayat Muslim)



SERTU

1. Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu anjing, babi dan keturunannya.

2. Najis Mughalazah hendaklah disuci dengan membasuhnya menggunakan air mutlak sebanyak enam kali
dan satu kali dengan air tanah.

3. Menyucikan najis mughalazah dengan mengguna­kan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan tanah.



HIKMAT SERTU DAN SAMAK



1. Dapat menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada kulit-kulit binatang.

2. Supaya manusia dapat menggunakan kulit-kulit binatang dengan selesa dan bersih.

3. Menunjukkan bahawa Islam agama yang mementingkan kebersihan dalam penggunaan

semua peralatan harian.

4. Supaya orang Islam sentiasa berhati-hati menggunakan bahan-bahan keperluan dalam kehidupan mereka.

5. Menunjukkan bahawa Islam memberikan kemudahan menggunakan bahan-bahan yang ada di sekeliling mereka asalkan dengan cara yang halal.

6. Terhindar daripada dijangkiti oleh sebarang kuman penyakit.


Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi sesuatu yang bermakna kepada diri kita dan orang lain....jangan teruskan sesuatu yang silap.... meskipun jika dilihat dengan mata kasar ini adalah kesilapan kecil tetapi sebaliknya kesilapan ini adalah sesuatu yang besar dan boleh memudaratkan...sekian

lagi entri menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...