Thursday, December 30, 2010

ll HARIMAU MALAYA TELAN GARUDA ll

satu dunia dah tahu berita kemenangan skuad bola sepak MALAYSIA dalam AFF SUZUKI CUP 2010 ni kan...jadi aku taknak lah celoteh panjang nanti tak laku pulak Datuk Hasbullah Awang...kihkih

aku tAk nak ucap tahniah ke ape...sebab mesti dah ramai ucapkan....

aku cuma nak kata ::::



KORANG MEMANG STYLE LAH !!!

Wednesday, December 29, 2010

ll SURUH TIDUR PUN SUSAH ? ll

tau tak adik-adik tidur sebentar (sebentar yer...seeee...beennn...tarrr !!!) sebelum masuk waktu zohor adalah sunat (sunat yer...bukan bersunat...)...

hah tengok betapa indahnya ISLAM...suruh tidurpun dapat pahala...

tapi kenapa susah bebenor kita nak buat nyer...hishhh...

macam mana tak susahkan....semalam tido pukul 3 pagi....hah sure lah bangun pun pukul 11 pagi (kena cukup 8 jam tidur...kalau tak jadilah ko beruang panda...wahaha)


hah dalam banyak2 collection gambar aku...ni jelah gambar yang tgh tido...tp bukan aku yg tido ni....identiti org tu dirahsiakan....ni bukan kes terlebih tidor ke apa...tapi kes suka tido kat katil orang...tengok layanan diberi begitu istimewa sekali....dipakaikan mahkota 24 karat ....dipakaikan rantai bertatahkan berlian....kat hotel-hotel ader ker??? hehe


lepas ni sama-sama lah kita melaksanakan perkara-perkara yang begitu mudah ini supaya kita mendapat keberkatan....

bagi yang ada kuliah diwaktu sebelum zohor tu....jangan segan-segan untuk mengajak lecturer anda tidur sekali....kalau lecturer marah....sila tegaskan perkataan ini "KEBERKATAN !!!"

ok renung-renungkan dan selamat beramal.

anda buat...anda dapat...

Monday, December 27, 2010

ll KHAS KEPADA IBUBAPA DAN BAKAL IBU DAN BAPA ll

Terlebih dahulu aku rasa tajuk entri ini lah yang paling panjang pernah aku tulis....hehe

ok kita masuk topik terus jelah yer...

" CITA-CITA KAMU, CITA-CITA KAMI "

sebenarnya saya terkesima (ayat nak gramatis jer...amik ko lagi bombastik..haha)....melihat sebuah video orang putih sorang ni... ibu dan ayah nya berkata "his our dream" & "his dream, our dream".....lihat betapa kuatnya sokongan ibubapa terhadap minat anaknya...


sebenarnya aku nak kaitkan dengan situasi ibubapa sekarang yang berharap sangat anak-anak mereka untuk mendpat "STRAIGHT A" dalam apa jua peperiksaan.

Betul memang pencapaian yang baik adalah sesuatu yang menimbulkan kepuasan dan kebanggaan kepada ibubapa tetapi INGATLAH WAHAI IBUBAPA tidak semua insan itu diberikan dengan kelebihan CEMERLANG DALAM PENDIDIKAN....

ada pelbagai lagi cabang yang boleh membuatkan seseorang itu berjaya dalam hidup. Maka wahai ibubapa memberikan didikan sempurna adalah lebih penting..dan kecemerlangan di dalam pendidikan adalah perkara kedua...

Jika pencapaian anak-anak kurang baik di dalam pendidikan mungkin mereka ada kelebihan dari segi KEMAHIRAN / SUKAN /BAKAT maka jika ibubapa dapat mengesan kelebihan lain yang ada pada anak-anak mereka ini sila lah beri sokongan dengan memberikan tunjuk ajar dan sumber-sumber lain yang boleh membantu anak mereka untuk mengasah bakat/ kemahiran yang ada pada anak-anak.



kenangan semasa di sekolah menengah dulu..bukan di MRSM atau SBP ke ape....di SEKOLAH HARIAN BIASA YER.... tetapi aku tetap merasakan aku telah berjaya dalam menentukan masa depan aku...

tetiba teringat masa darjah 6 dulu....dapat result UPSR...dapat 2A jer....tapi tetap tak rasa sedih ke apa sebab memang kurang matang masa tu...tau nak main jer....sibuk dengan kokurikulum masuk pertandingan bercerita, teater, choral speaking, melukis apa bagaiii.... (bermakna aku ada kelebihan dalam bidang bakat ni...ceeewah... angkat bakul sendiri...)

siap kena perli lagi ngan ummi dan walid "dah puas hati ke dapat result tu???" (sampai dah besar panjang ni pun masih mekar diingatan tau...)

tiada perkataan "tahniah" , tiada perkataan "takpe cuba lagi" memang takde...(sedih tau....)

tetapi nasib baiklah aku ni jenis positive thinking (nampak tak bakul terangkat nih...hehe)
aku jadikan benda tu sebagai pembakar semangat aku untuk terus belajar bersungguh-sungguh sehinggalah dimana aku sekarang... sampai setiapkali exam semester pun aku akan pastikan aku lakukan yang terbaik...for me and for my parents....

yer aku bukanlah seorang doktor atau arkitek atau peguam yang hendak dimegah-megahkan.....aku seorang GURU...sebab aku memang bercita-cita ingin menjadi seorang guru and my parents fully support me.... dan aku BANGGA MENJADI GURU...

Sunday, December 26, 2010

ll TIPS TEMUDUGA ll

Assalamualaikum....salam hamba salam untuk semua....aaaaaaaa....

entri kali ini aku nak bagi sedikit tips untuk menghadiri sesuatu temuduga.
Sebenarnya kalau nak diikutkan pelbagai perkara yang perlu kita patuhi ataupun dengan kata lain tidak boleh lakukan semasa temuduga.

tapi aku rasa tidak perlulah aku sentuh sampai sekecil-kecil perkara sehingga membuatkan kamu semua rasa nak terkencing semasa hendak menghadiri temuduga. Cukuplah aku bincangkan sedikit mengenai perkara-perkara yang perlu sahaja kan...ringkas tetapi berkesan...

PERSIAPAN FIZIKAL

1- Lakukan semua rutin penjagaan diri seperti biasa bagi mengelakkan bau yang tidak menyenangkan dan kelihatan bersih.

2- Patikan rambut pendek dan segala rerambut lain pada wajah kelihatan rapi.


3- Dari segi bau-bauan cukuplah dengan memakai doedorant atau minyak wangi yang menyenangkan.Jangan terlalu berlebih-lebih.

PAKAIAN


1- Mestilah kalau hendak temuduga pakaian yang formal diperlukan.

2- Pastikan warna baju kemeja adalah dari warna yang lembut-lembut seperti light blue, ligt yellow atau kalau tidak mahu pening-pening boleh pakai kemeja putih sahaja.

3- Tali leher mestilah diikat kemas. (Dalam pemakaian tali leher hendaklah tidak melebihi paras pusat, ini kerana sesiapa yang memakai melebihi paras pusat dianggap sudah berkahwin)

4- Warna seluar hendaklah gelap. Warna hitam adalah yang terbaik.

5- Bagi tali pinggang dan kasut seeloknya bewarna hitam. Kepala tali pinggang bersaiz sederhana sudah memadai (tak perlu kepala tali pinggang tersebut berbentuk superman bagai!!! cukuplah sesuatu yang simple)

6- Pakaian yang dipakai hendaklah tidak terlalu sendat atau pun longgar.Pastikan kamu selesa memakai pakaian tersebut.

SEMASA TEMUDUGA

1- Pastikan kamu menuruti segala arahan yang mungkin ditampal pada pintu bilik temuduga. Contohnya mungkin pada pintu berkenaan ditampalkan peraturan : " SILA TANGGALKAN KASUT ANDA" maka kamu turutilah arahan tersebut kerana arahan tersebut mungkin salah satu prosedur temuduga untuk melihat tahap keperihatinan dan disiplin anda.

2- Bagi salam bagi yang beragama Islam dan kalau yang non-muslim ucapkan selamat sejahtera atau selamat pagi jika kamu ditemuduga pada sesi pagi. "Salam Satu Malaysia" hah yang ni aku rasa tak perlulah kowt...

3- Duduk apabila dipelawa untuk duduk. Pastikan gerak-geri terpelihara, jangan menunjukkan isyarat yang kurang manis atau biadap begitu juga apabila kamu berbicara atau menjawab soalan temuduga.




4- Jawab soalan penemuduga dengan tenang, jelas, boleh didengari dan satu-persatu. Jangan terlalu gelojoh untuk menjawab.

6- Jangan terlalu banyak bercakap atau terlalu kurang bercakap pendek kata berpada-pada apabila bercakap.

5- Jawab dengan menggunakan bahasa yang digunakan oleh penemuduga. Jika soalan berbahasa melayu maka jawablah dengan menggunakan bahasa melayu "standard" jangan campur aduk bahasa.

KEPERLUAN SEMASA TEMUDUGA

1- Pastikan segala dokumen atau borang dilengkapi dengan baik dan begitu juga dengan sijil disusun dengan teratur di dalam buku sijil.

2- Sila jujur semasa menjawab soalan (jangan lah terlalu jujur sehinggakan kamu mengatakan kamu kurang berminat dengan kerja ini atau selepas ini kamu akan ke temuduga yang lain pula. ini menunjukkan kamu tidak berminat terhadap kerja berkenaan )

3- Bahasakan diri kamu "saya" dan penemuduga "tuan/puan/encik/doktor/dato'/datin" atau apa sahaja panggilan yang sesuai dan beradab.

BAHASA INGGERIS

1- Kebiasaannya tuntutan temuduga hari ini memerlukan kita menggunakan bahasa inggeris walaupun mungkin hanya satu soalan berbentuk bahasa inggeris dikemukakan oleh penemuduga.Oleh itu latihan dirumah amat penting.

2- Pastikan kamu menjawab apa yang disoalkan dengan kata lain fahami soalan.

3- Gunakan perkataan-perkataan yang difahami oleh kamu sendiri tidak perlu anda berusaha gigih menggunakan perkataan-perkataan bombastik.

4- Jangan terlalu takut untuk bercakap dalam bahasa inggeris kerana kesalahan tatabahasa adalah perkara biasa.


5- Jangan pulak bila penemuduga suruh jawab korang jawab dalam bahasa inggeris korang guna alasan ni tau....Martabatkan bahasa malaysia "Bahasa Jiwa Bangsa"!!!!.

Sebenarnya banyak lagi perkara lain tapi aku rasa kalau kamu ikuti atau patuhi yang ini sudah memadai. Boleh layari laman sesawang lain lagi untuk lebih tips....

Friday, December 17, 2010

ll SEKADAR KENANGAN ll

hah post kali ni...saja aku post kat blog aku ni sebagai simpanan atau arkib orang kata kan...hehe

sumber : Utusan Malaysia ( klik di sini )


3 pelajar IPG menang anugerah


MUHD. Redzuan Muhammad (kiri), Abu Bakar Ramsah (tengah) dan Mohd. Afiq Azfar Zainuddin bersama replika cek RM3,000 dan tab mandi jenazah mudah alih ciptaan mereka yang memenangi Anugerah Inovasi Islam 2010 kategori prasiswazah pada Ekspo Inovasi Islam anjuran USIM di Seremban, baru-baru ini.


SEREMBAN 12 Okt. - Usaha memperhebatkan inovasi dalam memenuhi keperluan komuniti Islam diteruskan lagi oleh sekumpulan penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) Perlis melalui penghasilan rekaan 'tab mandi jenazah mudah alih'.

Rekaan inovatif itu dianggap sebagai transformasi ke arah memudahkan serta mempercepatkan proses pengurusan jenazah khususnya di kalangan umat Islam.

Ini kerana tab berkenaan yang dilengkapi ciri mudah alih dari segi saiz dan boleh dilipat membuatkan ia amat efisien untuk dibawa ke mana sahaja sekali gus mengatasi kelemahan tab mandi jenazah yang sedia ada.

Lebih membanggakan, rekaan kumpulan tersebut yang dianggotai Abu Bakar Ramsah, 22, Mohd. Afiq Azfar Zainuddin, 21, dan Muhd. Redzuan Muhammad, 21, itu terpilih sebagai penerima Anugerah Inovasi Islam 2010 kategori prasiswazah pada Ekspo Inovasi Islam (i-Inova'10) anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini baru-baru ini.

Menerusi rekaan itu juga, kumpulan itu turut berjaya memenangi kategori sains sosial dan komuniti pada ekspo tersebut.

Menurut ketua kumpulan projek berkenaan, Abu Bakar, idea untuk menghasilkan rekaan tersebut tercetus secara spontan apabila dia bersama ahli kumpulannya itu menyaksikan kesulitan yang dihadapi oleh umum dalam menguruskan jenazah.

''Idea ini tercetus apabila kami melihat terdapat beberapa kelemahan yang boleh diatasi terhadap penggunaan tab mandi sedia ada dalam proses menguruskan jenazah.

''Maka terlintas di fikiran kami untuk menghasilkan sebuah tab mandi yang lebih kecil dan efisien untuk digunakan umum," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Stadium Tertutup Nilai di sini baru-baru ini.

Katanya, model rekaan tersebut telah siap dihasilkan oleh ahli kumpulannya pada Februari lalu, di mana ia hanya menelan belanja sebanyak RM500.

Jelas Abu Bakar, rekaan kumpulannya itu memberikan beberapa kelebihan dan manfaat dalam memudahkan urusan menguruskan jenazah.

''Pertama, ia boleh dilipat dalam saiz yang lebih kecil dan ringan sekali gus ia mudah dibawa ke mana-mana selain ia mudah disimpan dan dibersihkan.

''Selain itu, tab ini juga membolehkan jenazah dikapan dengan mudah dan ia sememangnya sesuai untuk memandikan jenazah orang kurang upaya (OKU)," ujarnya.

Tambah Abu Bakar, rekaan tersebut turut dilengkapi dengan sistem saluran air yang baik di bahagian bawahnya yang bertujuan menyalurkan air basuhan jenazah dibuang dengan tertib tanpa sebarang lelehan.

Bagaimanapun katanya, ahli kumpulan itu kini berhadapan dengan masalah untuk mempatenkan rekaan tersebut sebelum ia dapat dikomersialkan ke pasaran tempatan mahupun antarabangsa berikutan kekangan modal.

''Sehingga kini kami masih tidak menerima sebarang bantuan modal atau dana dalam usaha kami untuk mempatenkan rekaan kami ini," katanya.



p/s : ini menjadi suatu kenangan yang amat bermakna...

Wednesday, December 15, 2010

ll KISAH BENAR : SERAM ll

ishhh....malam ni tibe2 lain macam pulak...

duk syok2 dalam toilet cuci muka jam 1.30 pagi nih (kena rajin cuci muka kalau tak ramai sangat jururawat yang berkenan...bukan boleh muka aku nih...) tetiba pulak adik laki aku sorang nih ketuk pintu toilet :

tut..tut..tuttttt (bunyi ketuk pintu toilet)

adik degil : "angah...ada orang kat luar rumah"

abang baik : "mender gokkkkkk...."(masih gigih mencuci muka)

adik degil : "angah...ada orang kat luar rumah.............."

abang baik : (treeetttttttt...bunyi buka pintu toilet) bakper gokkk???

adik degil : tadi nampak bayang-bayang kaki kat pintu ....(si adik ni tgh syok duk main internet malam-malam buta nih kat ruang tamu tuh...tetiba pulak dengar bunyi cam orang jalan kat luar rumah then nampak bayang-bayang kaki kat celah bawah pintu utama~~~ kamu paham ke ape kamu baca nih??? kalau tak paham sila baca sekali lagi kasi paham..hehe)

Si adik ni berdegil nak keluar tengok siapa yang ada kat luar rumah tu....tapi dia tak tahu abang dia ni lagi degil....aku tak kasi dia keluar!!!!....bagi aku lebih baik protect diri dengan duduk dalam rumah jer buat apa bahayakan diri keluar rumah kannn....aku berpegang pada falsafah "kalau kau tak kacau aku, aku takkan kacau kau"...

KEMBALI SELEPAS INI .....



IKLAN SEKETIKA :
tengah-tengah duk suspen nih tetiba adik aku ni dapat mesej dari sepupu dia kata ada orang excident kat jalan besar depan rumah...dia bg tau kat aku..lepas tu aku rasa pelik la...apa kene mengena orang excident dengan sesuatu yang kat luar rumah ni???



TERUSKAN BERSAMA "DAIA" :

Si adik ni berkeras jugak nak tengok apa yang ada kat luar rumah...hmmmm...ikut suka ko lah...si adik ni keluar berbekalkan batang penyapu...nak tak nak aku pun kena keluar sekali la...aku punya senjata lagi ganas nih hah :




amacam ganaih dok????haha (bukan apa aku rase aku lebih terer bab baling-membaling nih sebab tu helmet menjadi pilihan...)



setelah semua suis lampu dibuka semua sekali...keluar la adik ku ini tawaf satu rumah (bagus lah tu buat amali haji, tawaf keliling rumah...ummi dan walid dah nak balik lagi dua hari..hooorayyy..semoga mendapat haji yang mabrurrrr.......)

berbalik kepada cerita seram kita...
sambil menunggu adik aku buat satu pusingan tawaf...aku duk tunggu kat pintu utama sambil memegang helmet tu..
(biasalah bos kena pas keje kat anak buah dulu....kalau anak buah tak leh jalan....baru bos masuk campur...wahahaha)

owh...bukan itu sebenarnya motif aku tunggu je kat depan pintu...yerla kalau dua-dua buat pusingan tawaf...lepas tu bertembung.... tak semena-mena nanti aku merasa batang penyapu...adik aku merasa helmet kan...huhu



ini lah lokasi dimana bayang-bayang kelihatan dan bos berdiri sambil memegang helmet (tetapi bos duduk diluar yer bukan di dalam rumah...) gambar tidak menunjukkan keadaan sebenar yer kerana keadaan sebenar gelap gelita di luar sana bukan seperti gambar yang dilimpahi dengan nurrrr....


nak dijadian cerita...sebenarnya takde sesiapa pun kat luar rumah...tak tahu la kalau sesiapa itu dah sempat melarikan diri dulu...

p/s 1 : sebenarnya sejak ummi ngan walid pergi menunaikan haji ni...ada makhluk Allah nih tiap-tiap malam ada kat depat pintu pagar rumah (bukanlah depan betul-betul...ke kanan sikit..) dengan persalinan serba hitam semuanya dengan helmet sekali duduk atas motor...nak kata tengah lepak....lepak keapekebendernyer (ini adalah imbuhan apitan) sorang-sorang diri dalam gelap....hish...serammm...

p/s 2 : owh...serammmmm lah sangaaatttt kannnn....wahahaha...sape suruh ko baca...hehe..

Sunday, December 12, 2010

ll KACAK ll



tadi aku duk google-google....ini lah antara lelaki terKACAK dunia....

Ini lah lelaki terkacak dunia...Sheikh Mohammeds anak kepada Hamdan (Fazza).
kulit mulus bak telur...
mata bulat bersinar-sinar...
hidung mancung bak seludang...
bibir merah bak delima merekah...
bulu mata lentik bak bulu mata palsu...
kening terukir bak dilukis dengan maker white board...

tapi bukan KACAK ini yang aku nak cerita sebenarnya...tapi cerita KACAK sepertimana cerita dibawah ini...

Teringat zaman sekolah menengah dulu...Masa tu aku dan lagi 3 orang rakan yang lain terpilih mewakili Terengganu ke Kem Sains 2005 di Forest Researh Intitute Malaysia (FRIM) Kepong, Selangor...




antara yang best kat FRIM ini adalah CANOPY WALK WAY



INI PULAK DIGELAR "CROWN SHYNESS"...CANTIK SANGAT...SEPERTI SUNGAI DI ATAS KEPALA...KALAU MALAM LAGI CANTIK...MACAM TENGOK PETA TAU...

Maka berjumpalah dengan budak-budak dari negeri lain seluruh Malaysia yang setiap negeri juga menghantar seramai 4 orang wakil...

Seronoknya program tu memang seronok sebab kami di layan first class...semua disediakan ..dari baju ,beg, makanan katering tau, cikgu yang mengajar kami adalah professor FRIM dan tempat tido adalah khemah ...hahahaha...tido dalam khemah jew....tapi khemah first class lah weeeiii...1 khemah 2 orang...siap ada tilam/bantal/sleeping bag lagi...

DiPENDEKkan cerita...

malam pertama

(ko terus pikir lain kan...kuning btolll...)

kami dikumpul beramai-ramai dekat unggun api then diberikanlah penerangan...bla....bla...bla...

sampai lah satu topik KACAK...

Fasilitator kat situ kata FRIM terkenal sekarang sebab ada binatang bernama KACAK...semua penyelidik dari luar negara pon datang kat FRIM sebab nak selidik pasal KACAK ni...

AMARAN :

"binatang ni memang berbahaya dan berbisa!!!...setiap pagi apabila kamu keluar khemah...sila periksa selipar kamu...kami bimbang kalau binatang ni duduk dalam selipar kamu..."

secara automatik jantan dan betina kat situ duduk semakin rapat antara satu sama lain...whoooaaa seronok3x...hehe (tapi dalam hati hanya tuhan yang tahu...punya lah risaaauuuuuu...)

FASILITATOR : binatang ni sebenarnya menyerupai katak dan cicak sebab tu lah kami panggil KACAK!!!

KAMI : wahahahha....kelakar-kelakar (ntah kat mana kelakar pon aku tak tahu...maybe dieorang ni saje nak sedapkan hati masing-masing kowt...)




KATAK

+

+

+

CICAK




SAMA DENGAN

=

KACAK



INI LAH KACAK DALAM FIKIRAN AKU MASA TU....




ATAU MUNGKIN INI.....




FASILITATOR : ok sekarang kita boleh pergi lihat rupa KACAK ni...tapi kita mesti pergi by group...sebab kami bimbang KACAK akan terkejut kalau bising-bising...

Maka berjalanlah kami by group dengan seorang fasilitator dan sebijik lampu suluh...

apabila tiba ditempat kediaman KACAK itu beginilah rupanya....sebijik macam lubang ULAR atau lubang BIAWAK....






FASILITATOR : OK......sekarang kamu semua boleh masukkan tangan dalam lubang ni dan cuba sentuh KACAK tapi ingat kamu boleh sentuh je...jangan tekan KACAK terlalu kuat...nanti dia terjaga.....

Aper...ko giler ke ape...nak suruh kami sentuh binatang tu....dah lah binatang tu duduk dalam lubang...pastu kena masukkan tangan dalam lubang tu sampai ke bahu punya dalam.....semata-mata nak sentuh binatang yang kita tak boleh lihat (ko berani????)

Apakan daya....kami hanya menurut arahan....budak-budak perempuan kat situ dah menangis habis daaaa sambil sebut nama makkkk.. (rindukan mak kowt...)



......................SESI MEMASUKKAN TANGAN KE DALAM LUBANG...................
(AKU KASI REAKSI SESETENGAN ORANG JER....BANYAK LAGI REAKSI YANG GILA-GILA TAPI TAK HINGATTT...)

BUDAK PEREMPUAN MANJA : memasukkan tangan sampai siku sambil menangis apa jadah....tapi memang betul jangkaan kami budak-budak lelaki...budak perempuan tu keluarkan tangan dia apabila dah sampai siku...hahaha...

BUDAK PEREMPUAN DEMAM : saya rasa tak sihat abang fasi....saya rase nak demam (sambil menyedut hingus yang dah sampai kat mulut.. masuk balik semua skali dalam hidung...)

BUDAK PEREMPUAN TOMBOY : (sebenarnya budak ni bengang ngan kami sebab gelakkan budak perempuan) Dengan beraninya budak ni masukkan tangan ke dalam lubang tu sampai ke bahu kot kena masuk tangan....giler dalam....sambil menyentuh benda alah tu..

reaksi budak perempuan tomboy tu : mmmmmmm...lembut sangattttt.....tapi belendirrrrr...eeeeeiiiiiii.....

BUDAK LELAKI INDIA : reaksi dia......aaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....abang fasi !!!!! tangan saya dah kena gigittttttt.... (maka dibawak lah first aid oleh abang fasi....tapi abang fasi kata kalau takde kesan kena gigit atau berdarah tak apa..tak berbahaya)

BUDAK BAIK (aku lerrr) : (dalam hati..bergelora habissss....giler ke apa??? budak india tu baru je lepas kena gigit...ni aku dengan rela hati pulak nak masukkan tangan dalam lubang tuh...huhuhuhuh)

masa memasukkan tangan tu tetiba tangan aku tak muatttt .........giler besauuuu tangan aku..... pastu aku ngadu la kat fasilitator

BUDAK BAIK : Abang fasi.....tangan saya tak muat la nak masuk...

ABANG FASI : ish...orang lain muat jer...alasannnn!!!!!

BUDAK BAIK : woiiittt....boleh pulak kata aku cari alasan..dengan perasaan marah +++ takut... masuk jugak lah tangan aku sampai pecah-pecah lubang tuh...sampai la ke bahu aku masukkan tangan...maka aku setuh lah KACAK tu 2 kali tau aku rase belakang KACAK tuuu...huhu

ABANG FASI : hah...dah sentuh dah??? kamu rasa apa???

BUDAK BAIK : rase belendir-lendir eeeeeeee.................tapi menggerutu sikit badan KACAK nih...

nak diPENDEKkan cerita lagi....

Abang fasi ni cuba sedaya-upaya mengeluarkan KACAK itu dari lubang itu dan begini lah rupa nya KKKACAKKKK..........













BAWAH LAGI...







































BAWAH LAGI...

























BAWAH LAGI...

































































inilah KACAK tu.......
kuang asam btol laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...................
yang budak india tu...sampai kena gigit tak tahan tu...huhu
aku btol lah jugak..... menggerutu......haha







nasib baik tak kuar sponge bob....



MORAL OF THE STORY :

sebenarnya kalau nak jadi saintis atau apa sahaja kerjaya yang dicita-citakan...keberanian untuk mencuba apa sahaja adalah sesuatu yang amat penting....tidak kira lah apa orang nak kata seklai pon...kita mesti MELAKUKANNYA!!!

p/s : sampai mampos lah BUDAK PEREMPUAN MANJA dan BUDAK PEREMPUAN DEMAM tak berjaya dalam hidup......ooooopppppsssssss SORRY...HEHE

Saturday, December 11, 2010

ll kamu jelez @ penyibuk ??? ll



owwwhhhh..tengah-tengah malam ni tetiba terfikir pulak bende alah ni...

ingatkan nak buat macam kuiz la kat facebook tapi rasenye baik buat kat blog dulu supaya idea menjadi lebih mantap kalau ++++idea korang jugak (jadi sila lah komen bagi idea yerk...hehe)...

ceritanya begini rasanya...hatiku sengsara..melihat dia...hatiku luka...kerna tergoda oleh cinta...
okeeyhhh sudah menyanyi...

korang ni jenis jelez ke penyibuk?



SITUASI 1 :

adalah si dia ni duk buat status relationship with Minah Vavavoommm / Mamat kebabooomm ...

REAKSI KORANG :

JELES = cehhh...mentang2 ada awek/pakwe cun/jambu... abis nak tunjuk satu dunia....


PENYIBUK = weyh dia da ada awek/pakwe rrrr...fuyyyooohhh... (sambil membuat pengemuman satu asrama tengah-tengah malam bute nih...).....weiyh cepat2 tengok r profile awek/pakwe dia (sambil ramai2 menengok sebijik laptop macam tengok wayang...tapi kecewa abis sebab profile awek/pakwe dia tu "PRIVATE tak hinggattt")









SITUASI 2 :

Apabila si dia nih upload gambar KELUARGA BAHAGIA...aaaaa...aaaaaaaaaaaaaa....KELUARGA BAHAGIA3x

REAKSI

JELES = cehhh....nak tunjuk sangat la dia ada kakak cun, abang jambu , adik jelita, mak vogue, ayah mascotek (maskulin) padahal tak pown...huh..perasan!!!

PENYIBUK = weeyyhhh... jambu air giler abang die/ cun air giler kakak die...... (terus comment kat gambar...puji2 pastu mintak nombor telefon..)






SITUASI 3 :

Si dia ni buat satu statement berani mati (tak takut langsung mak bapak sepupu sepapat datuk nenek dia baca jugak post tu).....lepas tu duk comment2x dia ngan makwe/pakwe dia je dalam post tu.....(lomanntikk sangattt)

REAKSI

JELEZ : cehhhh....aku nak kata line Digi down aku rase ok jer...sampai dalam ceruk hutan belantara sentiasa BERSAMAMUUU.....mesej jelaaaahhh weiiiii...nak tunjuk bahagialah konon kat social network nih...huh..

PENYIBUK : weyyyhhh lomantik giler die orang nih.... (sambil duk mencelah comment kat post tu "korang ni lomantantik giler babi" atau setiap comment pasangan kekasih itu korang tekan "BUTTON LIKE")






CUP CAKES ni along dan saya (sila tekan button backspace 4 kali) yang buat...



SITUASI 4 :

dah asyik kene kondemmm je ngan korang kan...si dia ni pun dah tak buat dah relationship status/ upload gambar family and comment cintan-cintun...si dia pun upload la gambar Chocolate Moist Cake/ Makarroni Makarrena/ Dadih Susu Kerbau/ Nasi Lemak Sambal Belacan (sambil ADD CAPTION kat gambar tuh "ni la resepi baru yang saya masak tadi...family saya kata sedappp tau..hikhik")...sampai meleleh abis air liur ke lantai teman duk menengok nyer...

REAKSI :

JELEZ : ceyhhh...berangan!!! masak air pun mengigil-gigil...nak masak bende alah tuh...huh

PENYIBUK : weyyyhhh.....betul ke dia yang masak nih??? (sambil menggapai IPHONE dan terus mesej ngan abang jambu air si dia tuh...tanya betul ker adik dia yang masak semua benda tu...)



owwwhhh ngatuk dowh...haha...malas dah den nak kerah otak ni..korang jelah yang sambung pulak yer...hehe

(sila sambung dalam ruangan comment dibawah jangan bimbang kamu tidak akan dikategorikan sebagai penyibuk...hehe)

p/s : tulis nama sekali tau kalau nak komen...

Friday, December 3, 2010

[[ the after life journey ]]

lelaki menangis???
aku menangis...
sesuatu yang tak perlu aku malu untuk mengakuinya...

seorang manusia biasa...
memang banyak kekurangannya...
memang biasa dengan kesilapannya...
memang sering alpa...
memang selalu dengan lalainya...

hmmm....dah rasa lama sangat ke kita hidup di dunia ?

cuba klik gambar di bawah ini supaya lebih jelas dah sama-sama kita fikirkan...


lagi entri menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...