Sunday, January 30, 2011

Maher Zain - Insyaallah Versi Melayu

Setelah lama menunggu akhirnya dapat dengar jugaklah Maher zain menyanyikan Insyallah versi Melayu...nak kata perfect takderlah perfect sangat...ala biasalah macam kita nyanyi lagu orang putih lah...rasa macam dah perfect tapi kalau orang putih dengar muntah hijau dibuatnya...haha...

Walauapapun ini adalah satu penghargaan dari Maher Zain buat peminatnya di Malaysia...Hidup Maher zain



p/s : kalau dulu asal naik bas jer, mesti sumbat earphone kat telinga pastu dengar lagu ntah apa-apa...tapi sekarang ni asal naik bas jer aku sumbat earphone dan dengar FULL ALBUM lagu-lagu Maher Zain...apa orang kata "membersih jiwa" sambil mendengar lagu-lagu berunsurkan ketuhanan...ALHAMDULILLAH

Monday, January 17, 2011

seorang cikgu biasa...

‎A teacher somewhere in your neighborhood tonight is preparing lessons to teach your

children while you are watching television. During the minute it takes you to read this,

teachers all over the world are sacrificing their own time and more often than not,

investing their own money for your child's literacy, prosperity, and future. Re-post if you

are a teacher, love a teacher, or appreciate a teacher!

Saturday, January 15, 2011

HIJAB-WEAR IT RIGHT CAMPAIGN


Poster by Sue Anna Jo


W.I.R Campaign
Jom2 kita (tak termasuk saya yer...) pakat berhijab secara betul!

Pernah dengar tak kisah tembikai...

kalau orang jual tembikai kat tepi jalan ke...kat pasar malam ke...kat pasar tani ker...
mesti ada tembikai yang dipotong cantik lepas tu dibalut dengan wrapping lutsinar tu kan...

fuyooohh tergugat iman teman bila tengok tembikai tu...
ada yang MERAH...
ada yang KUNING...
meleleh habis..

Tapi bila teman nak beli tembikai...
teman akan pilih yang tak potong lagi...
yang masih HIJAU luarannya...
yang masih bulat...
cantik jer...

begitulah diibaratkan wanita...
cantik kalau berhijab
tertutup rapi...

kalau berhijab jangan lah pula pakai macam wrapping lutsinar tuh...
macam sia-sia...
oh tak....
bukan macam sia-sia...
tapi memang sia-sia...

hmmm kadang-kadang...
ada yang bagi alasan...
saya masih belum bersedia...
okay saya terima..

tapiii...
kalau IZRAIL datang memanggil 1 minit jer lepas ni...
boleh kata saya tak bersedia lagi???

oh bukan urusan saya...
kubur lain-lainkan...
ok
assalamualikum...


FASHA SANDHA

kui...kui..kui...tu je untuk entri kali ni...

Wednesday, January 12, 2011

saya sakit~

payah untuk lihat saya sakit...
tapi bila saya sakit...
saya tak suka orang lain tahu saya sakit....
saya tak suka tunjuk saya sakit...
saya tak beritahu orang yang saya sakit...
saya tunjuk saya kuat...
saya tunjuk saya OK...
tapi dalamnya hanya ALLAH yang tahu...

"Ya Allah, apabila ajalku dekat tenangkanlah,
Apabila masih jauh sembuhkanlah penyakitku,
Apabila ini musibah berikanlah aku kesabaran".


Tuesday, January 11, 2011

TIPS ZAQUAN ADHA ABDUL RAZAK



Siapa yang tak kenal pemain bola sepak noghori ni kan...
Episode 1 Nona 2011 menyaksikan perkongsian tips sihat bersama Zaquan Adha Abdul Razak...

PROFIL


Nama penuh : Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak
Tarikh lahir : 3 Ogos 1987
Tempat lahir : Seremban Negeri Sembilan
Tinggi : 171 cm
Berat : 69 kg
Posisi : Penyerang
Kelab semasa : Negeri Sembilan
Nombor : 8
Kembar : Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak
Status : Bakal bertunang dengan Ayu Raudhah

antara Tips yang dikongsi oleh Zaquan Adha adalah :

1-Kurangkan makan makanan berat sebelum permainan.

2-Kurangkan makan daging dan makanan pedas.

3- Sentiasa ke gim untuk kekal sihat. Selama 2 jam... sekali seminggu..

4- Berenang

5- Buat rambut terpacak (eeehhh....ni tips ker???)

6- Mengamalkan meminum Jus Nenas untuk menambah tenaga.Minum 2 kali sehari.

7- Untuk lebih berkesan...MAK yang mesti buat JUS NENAS ituuu (berkat-berkat)....(suke...suke...okayyy...ummi.....nak jus nenas.....kihkih)
owh...ade lah ummi kan...diperantauan aku keseorangan...huhu


eh... ada satu lagi tips

8 - Sila pelihara KIKI (tak tau apa itu kiki?...sila la tekan link NONA EPISODE 1 kat atas tu...dan tonton sendiri...hehe)

Monday, January 10, 2011

YUNA & DATO' SITI

Adoooiiiiiii.......tgk result AJL ke-25 btul-btul buat den menyampah....

tapi-tapi kita kan dah memang diajar dari sekolah rendah lagi bahawa
"barisan juri yang arif lagi bijaksana "
.......redha je la....siapalah kita ni kan nak menilai sesuatu yang subjektif ni kan...

semalam masa CHERYL, ALLY & FBI nak umum juara AJL ke-25 tu kan...mereka kan kasi hint yang penulis lirik/pencipta lagu dan penyanyi adalah orang yang sama..aku dah melompat-lompat dah...ketuk-ketuk lantai macam kena histeria....tapi bila diumumkan ANA RAFFALI sebagai juara tetiba jer segala JIN, HANTU JEMBALANG dalam tubuh aku ni keluar...suasana menjadi sungguh sayuuuuu....sedihhhh....piluuuu

sebabnya lagu of the year 2010 bagi aku adalah
CINTA SEMPURNA BY YUNALIS ZARAI....
tapi dah rezeki
TOLONG INGATKAN AKU BY ANA RAFFALI




nasib baiklah persembahan 3 SUPERNOVA DATO' SHARIFAH AINI , ZIANA ZAIN dan DATO' SITI NURHALIZA terutamanya DATO' SITI NURHALIZA betul-betul superbbb..... meskipun Tok Ti tak sihat malam tu tapi persembahan Tok Ti tetap world class artist... suara serak-serak Tok Ti malam tu bagi aku seolah-olah suatu kelainan dari Tok Ti...




p/s : Yunalis Zarai will be the second after Tok Ti in my heart.... ok masih ada 2 kekosongan sape nak masuk???...hantar borang permohonan sekarang....huhu

Thursday, January 6, 2011

Kisah Si Anak Kecil

Nak citer kisah benar yang sedih pulak.....
First, aku nak bagi tau awal-awal aku tak pandai tulis cerita sedih-sedih tapi aku cuba menerangkan situasi yang dialami dengan sebaik mungkin...

Second, sila view video dibawah sekarang sambil membaca kisah ini





kisah nyer bermula macam ni...

Sepupu aku ni dikurniakan dengan 2 orang cahaya mata...
Kedua-dua nya hero...
Beza umur kedua-dua anaknya hanyalah 1 tahun...
Dahhh umurnya pun hampir... jadi kalau lihat kedua-dua anaknya ni persis seperti kembar...
Main sama-sama...
Mandi sama-sama...
Makan sama-sama...
Pendek kata semualah dilakukan bersama...

Nak dijadikan cerita ketika kedua-dua anaknya sedang bermain...
Si adik terjatuh akibat cuba berdiri di atas buah kelapa...

Perkara biasalah kalau budak-budak jatuh kan...
Tapi si adik ni mengadu sakit kaki...
Mungkin terseliuh..maka dibawalah ayahnya ke rumah tukang urut...
Namun beberapa hari selepas itu meskipun kakinya beransur pulih... si adik mengadu sakit kepala pula...

Si ayah dan ibu membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut...
Manalah tahu kalau ada gegaran di kepala berlaku semasa si anak jatuh beberapa hari yang lalu...(ini hanyalah andaian si bapa dan ibu)...

Selepas mendapatkan pemeriksaan doktor...

Doktor : Saya mendapati ada ketumbuhan kecil di dalam otak anak tuan puan...saya harap tuan dan puan bersabar...

sudah tentu berita yang diterima itu mengejutkan kedua-duanya...mana taknya...anak yang dilahirkan cukup sifatnya, sihat, cergas serta petah berkata-kata seperti kanak-kanak lain.. langsung tidak menunjukkan sebarang tanda yang ada ketumbuhan di dalam otaknya...

Si bapa : Serius sangat ker ketumbuhan itu doktor ?

Doktor : mmm... Sudah tentu kerana ketumbuhan itu akan membesar dari semasa ke semasa dan mungkin akan mengganggu perkembangan fizikal dan mental anak tuan puan....

Si ibu : Bagaimana jika kita lakukan pembedahan membuang ketumbuhan tersebut doktor ?

Doktor : Melihat kepada kedudukan ketumbuhan tersebut risiko untuk selamat semasa menjalani pembedahan pembuangan ketumbuhan tersebut adalah 50-50...
Hati ibu mana tidak hancur luluh mendengarkan berita tersebut ? Selepas perbincangan si ayah tidak mahu menanggu risiko yang besar ini dan tidak rela untuk menjalankan pembedahan tersebut ke atas anaknya selagi anaknya tidak benar-benar jatuh sakit suatu hari nanti...
dan keputusan tesebut dihormati oleh pihak hospital...

Dipendekkan cerita perubahan demi perubahan ke atas anak tersebut dapat dilihat oleh mata aku sendiri...

Perubahan paling ketara adalah mata si anak menjadi juling akibat gangguan pada saraf mata...

Kemudiannya anak yang dahulunya lincah bermain dengan abangnya hanya mampu mengekori kemana sahaja abangnya pergi tanpa daya untuk bermain lagi...

Anak yang dahulunya bijak kini tidak lagi mampu berfikir seperti kanak-kanak sihat yang lain...
Peristiwa paling menyetuh hati apabila si adik ini dari rumah neneknya ingin ke rumah datuk saudaranya bersebelahan sahaja dengan rumah neneknya itu...

ketika itu hujan renyai-renyai maka diberikanlah si nenek payung kepada cucunya itu..
Maka pergilah si cucu ke rumah datuk saudaranya dalam keadaan berpayung sehinggalah masuk ke dalam rumah datuk saudaranya masih lagi dalam keadaaan berpayung hinggalah ke ruang tamu...
Si anak tersebut tidak lagi dapat berfikir dengan baik bahawa payung yang basah itu tidak boleh dimasukkan ke dalam rumah.....jika kanak-kanak sihat yang lain sudah tentu akan meninggalkan payung itu diluar rumah kan???

Sayunya rasa hati ini melihatkan ketumbuhan di otaknya semakin menguasai perlakuan si anak
yang tidak berdosa ini...
Lebih sayu apabila setiap kali aku turun dari kereta si anak akan menunggu aku di sisi pintu kereta untuk bersalam dengan aku dan disusuri dengan pelbagai soalan antaranya :

Si anak : Ni nak pergi mana ni ?

Aku : mmmmm....mmmmmm....mmmm...(aku menjadi gagap dan tidak dapat menjawab soalannya kerana pemikiran aku sudah mula memikirkan macam-macam...)

sayu hati ini untuk menjawabnya...seolah-olah si anak itu mahu aku berada disisinya dan tidak mahu sesiapapun meninggalkannya... hati ini menangis terkenangkan nasib si anak yang masih belum mengerti itu...raut wajahnya sudah cukup menggambarkan penderitaannya...

aku tidak sanggup melihat apa pula penderitaan yang akan dihadapi olehnya selepas ini!!!

aku jadi buntu...apakah daya aku untuk membantunya?

apatah lagi kedua ibubapanya ?

bagaimana pula dengan penerimaan abangnya yang masih memerlukan teman bermain ?

aku sentiasa berdoa agar sesuatu yang "miracle" bakal berlaku ke atas anak tersebut.. moga ALLAH memanjangkan umurnya dan menyembuhkan penderitaan yang di alami olehnya ...amin.

Wednesday, January 5, 2011

FILEM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Satu lagi fenomena yang bakal menggegarkan arena seni tanah air pada 10 MAC 2011...
Selepas filem MAGIKA sebuah lagi filem terbitan KRU iaitu HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA hasil arahan YUSRY KRU sendiri ini menceritakan asal-usul raja-raja Kedah dengan garapan ala filem epik dari barat...

Filem yang menggunakan 70% bahasa Inggeris dan 30% bahasa Melayu ini akan ditayangkan di lebih 25 negara termasuk United Kingdom, Perancis, Jerman, Russia dan negara Timur Tengah!
Filem ini turut membabitkan pelakon dan pekerja krew di dalam dan luar negara yang terdiri daripada United Kingdom, Sweden, Australia dan Hong Kong


Menampilkan ramai pelakon-pelakon hebat seperti :
UMMI NAZEERA
STEPHEN RAHMAN HUGHES

SINOPSIS FILEM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

SUMBER : ohmalaysia.com

Dalam filem ini, Merong Mahawangsa adalah daripada keturunan Alexander the Great yang merupakan seorang nakhoda tentera laut yang terkenal pada era kegemilangan empayar Rom. Pada masa yang sama, Dinasti Han berkuasa di Asia Tengah. Ketika armanda tentera Rom singgah di Goa, Merong Mahawangsa telah diarahkan untuk mengawal Putera Rom ke Asia Tenggara untuk melamar seorang puteri raja dari Dinasti Han. Mereka akan bertemu di pertengahan perjalanan dan seterusnya berkahwin.

Walau bagaimanapun, lanun yang berbangsa Geruda punyai rencana jahat. Mereka menculik Puteri China itu dan menjadikannya sebagai tebusan. Dalam perjalanan ke Selat Melaka, armanda Merong Mahawangsa diserang tentera Geruda ketika mereka berhenti di sebuah pulau kecil untuk mendapatkan bekalan. Mampukah Merong Mahawangsa menyelamatkan puteri China dan kembali bersatu dengan tunangannya dalam perkahwinan yang ditetapkan untuk mempertemukan dua tamadun besar dari Timur dan Barat?

RINGKASAN BUKU HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh geroda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.

Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.

Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepaga Sultan Muzaffar Syah.
Jom sama-sama kita martabatkan filem kita !

Tuesday, January 4, 2011

10 Tips Yang Menunjukkan 'Dia' Adalah Jodoh Kita... by نور ازورا حاج مرياي on Tuesday, January 4, 2011


1. Gunakan seluruh pancaindera


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


2. Bersahaja


Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


3. Senang bersama


Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


4. Terima kita seadanya


Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


5. Sentiasa jujur


Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


6. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


7. Senang Bekerjasama


Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


8. Memahami diri kita


Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


9. Tampilkan kelemahan


Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


10. Kata hati


Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

" Manusia merancang, Allah menentukan."


p/s : Okey carilah si dia itu....


lagi entri menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...