Tuesday, May 17, 2011

Perbezaan Suka, Sayang dan Cinta

(entri ini adalah copy paste dari facebook)




Saat kamu MENYUKAI seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu.


Saat kamu menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"
Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"
Saat kamu mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya...


SUKA adalah saat ia menangis, kamu akan berkata "Sudahlah, jangan menangis."
SAYANG adalah saat ia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. "


SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan dan menawan."
SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."



Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu,maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.
Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu, kamu akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kamu akan berkata,"Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan."


Pada saat kamu suka padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kamu sayang padanya, kamu akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus...


SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.


SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

Sunday, May 15, 2011

Jika dia jodohku...




Jika dia memang jodohku...
Aku takmau pun melamar dia jadi kekasihku...
Biarla orang nak kata "Jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang...lalala..."
Sebab saya yakin kalau dia jodohku sudah tentu dia untuk ku....

Jika dia jodohku...
Aku takmau dia rasa terikat dengan aku...
Biarlah dia nikmati dulu zaman muda-mudi ni dulu...
Sama jugak dengan aku...

Jika dia jodohku...
Takpa... kita kawan dulu...
Kita kejar cita-cita kita dulu...
Kita gembirakan ibubapa dulu...
Kita senangkan keluarga dulu...

Bercinta?
biarlah hati yang bercinta...
biarlah hati yang menyayangi...
biarlah hati yang merindui...
Kerana itu lebih manis di kemudian hari...

keluar dating?
saya suka...
kamu pun suka kan....
tapi syaitan lagi suka....
bukan tak boleh...
kita keluar sama-sama dengan kawan kita sekali...boleh?

Jika kamu jodoh saya....
Takpa... nanti saya dah kerja...saya dah stabil...
Saya hantar rombongan meminang....
Saya nak meminang kamu...
Jadi isteri yang menyayangi saya...
Jadi teman hidup saya...
Jadi ibu kepada anak-anak saya...

Saya harap kamu sudi...
Sudi menunggu saya menjadi suamimu dunia akhirat...

Thursday, May 12, 2011

Kalau Lelaki Merajuk...

Kalau lelaki merajuk..senang ke nak pujuk? hah tengok atas orang lah yer...lain padang lain rumputnya...lain orang lain caranya...

Berikut tanda-tanda awal lelaki merajuk dengan kamu...ni sebenarnya teman ambil dari blog orang lain tapi teman olah semula (maklumlah berpengalaman...hehe)

Tanda-tanda lelaki merajuk:

1) Diam seribu bahasa

Dia diam sahaja tanpa sebarang kata sepanjang bersama dengan anda. Bila anda bercakap dia hanya mengiakan atau menganggukkan kepala sahaja. Dia sedikit pon tidak melayan anda seperti sebelumnya. Jika ini berlaku, memang sah dia sedang merajuk dengan anda.


2) Buat tidak tahu

Dia buat tidak tahu tentang anda. Jika anda bercakap atau meminta pertolongan dengannya, dia buat-buat macam tak dengar. Ini adalah cara protes yang paling teruk kerana ia bukan sahaja membuatkan anda geram tetapi juga membuat anda seperti tidak wujud di depannya.


3) Menolak untuk keluar atau makan bersama

Orang lelaki yang sedang merajuk biasanya enggan bertentang mata dengan pasangannya. Jadi jika si dia memberi pelbagai alasan untuk berjumpa atau makan bersama, maknanya dia sedang merajuk.


4) Bermuka masam

Biasanya lelaki merajuk buat muka masam. Sudahlah tak mahu bercakap, buat muka masam pula. Ini adalah sikap lazim orang yang sedang merajuk.


5) Baca surat khabar

Tabiat biasa orang lelaki ialah membaca surat khabar. Tetapi jika asyik baca surat khabar yang sama berulang kali tanpa sebab ketika bersama dengan anda, maknanya jiwanya tidak tenteram dan ada sesuatu yang menganggu dirinya.


6) Menonton TV

Dia menonton rancangan TV bukan kegemarannya dengan bersungguh-sungguh ketika anda ada bersama. Sebenarnya matanya ke TV tapi hatinya ke lain.


7) Keluar rumah tanpa memberitahu

Ada lelaki keluar rumah tanpa memberitahu ke mana dia pergi, kononnya nak tunjukkan protes.


8) Matikan telfon bimbit

Ini tabiat biasa orang sedang merajuk. Tidak mahu diganggu disaat peraannya terganggu. Dia mematikan telefonnya dan bila ditanya dikatakannya kehabisan bateri. Alasannya mudah kerana tidak mahu mendengar suara anda dikhuatiri kan menjadi lebih bengang.


Cubalah pujuk dengan baik bila lelaki merajuk dengan anda. Jika tak boleh, diam saja, biarkan dia reda sendiri.

LUAHKAN SEGALANYA



Memanglah kadang-kadang berahsia itu lebih baik...
Kalau bukak mulut...bukak rahsia...
Mula la rahsia dah tak jadi rahsia....
Sana-sini tahu rahsia ni...

Sebab itulah berahsia itu lebih baik...
Tapi kalau simpan lama-lama pun...
Kecelaruan dibuatnya...
Habis jiwa kacau...

Seorang sahabat amat "diperlukan"...
Tempat meluahkan apa yang terbuku dihati...
Fuhhhh legaaaaaaaaaaaaa........
Dah lama sangat pendam sorang-sorang...

Harap-harap sahabat yang mendengar...
Pandailah memberi padangan...
Bijaklah memberi cadangan
berusahalah menjaga rahsia teman...

Insyallah...

Monday, May 9, 2011

Yuna - Bulan ditutup Awan


Best melalak lagu nih...lupa segala masalah...

Wahai janji setia sudah diucapkan
aduh kata bersumpah telah kupadukan
kini engkau pergi jauh membawa diri
tinggal daku saorang dalam sunyi sepi

nun bulan ditutup awan
terkenang...hati bertambah rawan
wahai jikalau ku tahu janjimu palsu
tentu tidak kuturut sedari dahulu

wahai janji setia sudah diucapkan
aduh kata bersumpah telah kupadukan
kini engkau pergi jauh membawa diri
tinggal daku saorang dalam sunyi sepi

nun bulan ditutup awan
terkenang...hati bertambah rawan
wahai jikalau ku tahu janjimu palsu
tentu tidak kuturut sedari dahulu

kalau nak dengar lagu nih cari sendiri la kat youtube...kalau teman letak kat sini pun bukan korang boleh dengar pon...al-maklum la Maher Zain tak habis-habis menyanyi untuk teman kat blog nih....ngeeee :P



lagi entri menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...