Thursday, May 12, 2011

Kalau Lelaki Merajuk...

Kalau lelaki merajuk..senang ke nak pujuk? hah tengok atas orang lah yer...lain padang lain rumputnya...lain orang lain caranya...

Berikut tanda-tanda awal lelaki merajuk dengan kamu...ni sebenarnya teman ambil dari blog orang lain tapi teman olah semula (maklumlah berpengalaman...hehe)

Tanda-tanda lelaki merajuk:

1) Diam seribu bahasa

Dia diam sahaja tanpa sebarang kata sepanjang bersama dengan anda. Bila anda bercakap dia hanya mengiakan atau menganggukkan kepala sahaja. Dia sedikit pon tidak melayan anda seperti sebelumnya. Jika ini berlaku, memang sah dia sedang merajuk dengan anda.


2) Buat tidak tahu

Dia buat tidak tahu tentang anda. Jika anda bercakap atau meminta pertolongan dengannya, dia buat-buat macam tak dengar. Ini adalah cara protes yang paling teruk kerana ia bukan sahaja membuatkan anda geram tetapi juga membuat anda seperti tidak wujud di depannya.


3) Menolak untuk keluar atau makan bersama

Orang lelaki yang sedang merajuk biasanya enggan bertentang mata dengan pasangannya. Jadi jika si dia memberi pelbagai alasan untuk berjumpa atau makan bersama, maknanya dia sedang merajuk.


4) Bermuka masam

Biasanya lelaki merajuk buat muka masam. Sudahlah tak mahu bercakap, buat muka masam pula. Ini adalah sikap lazim orang yang sedang merajuk.


5) Baca surat khabar

Tabiat biasa orang lelaki ialah membaca surat khabar. Tetapi jika asyik baca surat khabar yang sama berulang kali tanpa sebab ketika bersama dengan anda, maknanya jiwanya tidak tenteram dan ada sesuatu yang menganggu dirinya.


6) Menonton TV

Dia menonton rancangan TV bukan kegemarannya dengan bersungguh-sungguh ketika anda ada bersama. Sebenarnya matanya ke TV tapi hatinya ke lain.


7) Keluar rumah tanpa memberitahu

Ada lelaki keluar rumah tanpa memberitahu ke mana dia pergi, kononnya nak tunjukkan protes.


8) Matikan telfon bimbit

Ini tabiat biasa orang sedang merajuk. Tidak mahu diganggu disaat peraannya terganggu. Dia mematikan telefonnya dan bila ditanya dikatakannya kehabisan bateri. Alasannya mudah kerana tidak mahu mendengar suara anda dikhuatiri kan menjadi lebih bengang.


Cubalah pujuk dengan baik bila lelaki merajuk dengan anda. Jika tak boleh, diam saja, biarkan dia reda sendiri.

No comments:

lagi entri menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...