Wednesday, January 5, 2011

FILEM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Satu lagi fenomena yang bakal menggegarkan arena seni tanah air pada 10 MAC 2011...
Selepas filem MAGIKA sebuah lagi filem terbitan KRU iaitu HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA hasil arahan YUSRY KRU sendiri ini menceritakan asal-usul raja-raja Kedah dengan garapan ala filem epik dari barat...

Filem yang menggunakan 70% bahasa Inggeris dan 30% bahasa Melayu ini akan ditayangkan di lebih 25 negara termasuk United Kingdom, Perancis, Jerman, Russia dan negara Timur Tengah!
Filem ini turut membabitkan pelakon dan pekerja krew di dalam dan luar negara yang terdiri daripada United Kingdom, Sweden, Australia dan Hong Kong


Menampilkan ramai pelakon-pelakon hebat seperti :
UMMI NAZEERA
STEPHEN RAHMAN HUGHES

SINOPSIS FILEM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

SUMBER : ohmalaysia.com

Dalam filem ini, Merong Mahawangsa adalah daripada keturunan Alexander the Great yang merupakan seorang nakhoda tentera laut yang terkenal pada era kegemilangan empayar Rom. Pada masa yang sama, Dinasti Han berkuasa di Asia Tengah. Ketika armanda tentera Rom singgah di Goa, Merong Mahawangsa telah diarahkan untuk mengawal Putera Rom ke Asia Tenggara untuk melamar seorang puteri raja dari Dinasti Han. Mereka akan bertemu di pertengahan perjalanan dan seterusnya berkahwin.

Walau bagaimanapun, lanun yang berbangsa Geruda punyai rencana jahat. Mereka menculik Puteri China itu dan menjadikannya sebagai tebusan. Dalam perjalanan ke Selat Melaka, armanda Merong Mahawangsa diserang tentera Geruda ketika mereka berhenti di sebuah pulau kecil untuk mendapatkan bekalan. Mampukah Merong Mahawangsa menyelamatkan puteri China dan kembali bersatu dengan tunangannya dalam perkahwinan yang ditetapkan untuk mempertemukan dua tamadun besar dari Timur dan Barat?

RINGKASAN BUKU HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh geroda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.

Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.

Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepaga Sultan Muzaffar Syah.
Jom sama-sama kita martabatkan filem kita !

No comments:

lagi entri menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...