Thursday, May 5, 2011

AMPUNKAN DOSAKU


Rasa terlalu jauh dari-Nya

Selalu melihat kelebihan yang ada pada orang lain buat aku rasa iri hati dan tidak bersyukur dengan apa yang dianugerahkan-Nya...

Tidak nampak kelebihan yang ada pada diri sendiri sehingga aku seolah-olah kufur dengan nikmat yang telah diberikan oleh-Nya...

Ya Allah...sesungguhnya setiap sesuatu ciptaan-Mu adalah sebaik-baik ciptaan...

Ya Allah...Engkau ampunkanlah dosaku ini...

Ya Allah...aku terlalu jauh dari-Mu...

Ya Allah...terbitkanlah rasa syukur dalam diriku dengan setiap nikmat dan anugerah-Mu yang sementara ini... Alhamdullilah

Ya Allah hanya kepada-Mu tempat aku meluahkan dan memohon...

Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha pengasih lagi Maha menyayangi...

Ya Allah...cukupkanlah ku dgn apa yang Engkau halalkan agar ku terhindar dari yang Engkau haramkan dan perkayakanlah ku dengan kurniaan Engkau agar ku tidak meminta-minta dari selain Engkau

Amin...

Tuesday, May 3, 2011

so sOrry~

Dah lama sangat tak update kan....

10 sebab mengapa saya tak update blog (walaupun sebenarnya sebabnya lagi banyak dari 10) :

1- post terakhir saya kan pasal hati yang kecewa maknanya saya tengah kecewa lah tu
2- rasa takde mood nak update sebab "disappointed" sangat..jgn tanya pasai apa nooo..
3- mood recovery jadi blog terus dilupakan
4- rasa tak guna langsung tulis blog sebabnyer takder sape nak dengar rintihan hati kan
5- busy dengan aktiviti sebagai pelajar
6- assignment bertimbun-timbun
7- praktikum sebulan
8- amali
9- saya ni jenis fokus satu benda, selagi tak lepas tanggungjawab saya...i will do for it~
10- cukup la takat sepuluh...kalau kasi lebihpun bukan ada orang yang gegeh nak baca semua pon... :D

dan azam seterusnya (walaupun kadang2 hangat-hangat air suam lama-lama sejuk la...) saya akan update blog dari semasa ke semasa supaya boleh mengisi masa-masa terluang saya, boleh luahkan perbualan hati ini, boleh membuatkan saya lupa kepada masalah-masalah duniawi ini.... (saya janji!!!) tapi kalau mungkir janji pun bukan ada orang nak marah pon...ok that all...see you next entry..chill out~

Wednesday, March 2, 2011

MOTIVASI : Kuatkan semangatmu...

bersyukurlah andai memiliki hati yang sering dilukai,

kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih

mengerti, memahami dan menghargai.

mencari dan terus

mencari cinta Ilahi.

Friday, February 25, 2011

TIZ ZAQYAH nyanyi lagu tema filem Nur Kasih

waaaaa...........kalau dengar Tiz Zaqyah melontarkan suara dalam lakonan pun cukup meruntun hati seorang lelaki ini....... apatah lagi apabila Tiz menyanyi.....eh yer ker.....haaaaaa....aku malas nak komen apa-apa.....bagi aku boleh la...sedap didengar dan tak menyakitkan telinga...asalkan mesej dalam lagu sampai ke telinga pendengar... gud job Tiz....

enjoy this video

EMPAT GOLONGAN LELAKI KE NERAKA..

Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.


Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.


Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.


Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.


Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-


" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."


Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..


Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.



by syahirul.com

lagi entri menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...