Thursday, December 30, 2010

ll HARIMAU MALAYA TELAN GARUDA ll

satu dunia dah tahu berita kemenangan skuad bola sepak MALAYSIA dalam AFF SUZUKI CUP 2010 ni kan...jadi aku taknak lah celoteh panjang nanti tak laku pulak Datuk Hasbullah Awang...kihkih

aku tAk nak ucap tahniah ke ape...sebab mesti dah ramai ucapkan....

aku cuma nak kata ::::



KORANG MEMANG STYLE LAH !!!

Wednesday, December 29, 2010

ll SURUH TIDUR PUN SUSAH ? ll

tau tak adik-adik tidur sebentar (sebentar yer...seeee...beennn...tarrr !!!) sebelum masuk waktu zohor adalah sunat (sunat yer...bukan bersunat...)...

hah tengok betapa indahnya ISLAM...suruh tidurpun dapat pahala...

tapi kenapa susah bebenor kita nak buat nyer...hishhh...

macam mana tak susahkan....semalam tido pukul 3 pagi....hah sure lah bangun pun pukul 11 pagi (kena cukup 8 jam tidur...kalau tak jadilah ko beruang panda...wahaha)


hah dalam banyak2 collection gambar aku...ni jelah gambar yang tgh tido...tp bukan aku yg tido ni....identiti org tu dirahsiakan....ni bukan kes terlebih tidor ke apa...tapi kes suka tido kat katil orang...tengok layanan diberi begitu istimewa sekali....dipakaikan mahkota 24 karat ....dipakaikan rantai bertatahkan berlian....kat hotel-hotel ader ker??? hehe


lepas ni sama-sama lah kita melaksanakan perkara-perkara yang begitu mudah ini supaya kita mendapat keberkatan....

bagi yang ada kuliah diwaktu sebelum zohor tu....jangan segan-segan untuk mengajak lecturer anda tidur sekali....kalau lecturer marah....sila tegaskan perkataan ini "KEBERKATAN !!!"

ok renung-renungkan dan selamat beramal.

anda buat...anda dapat...

Monday, December 27, 2010

ll KHAS KEPADA IBUBAPA DAN BAKAL IBU DAN BAPA ll

Terlebih dahulu aku rasa tajuk entri ini lah yang paling panjang pernah aku tulis....hehe

ok kita masuk topik terus jelah yer...

" CITA-CITA KAMU, CITA-CITA KAMI "

sebenarnya saya terkesima (ayat nak gramatis jer...amik ko lagi bombastik..haha)....melihat sebuah video orang putih sorang ni... ibu dan ayah nya berkata "his our dream" & "his dream, our dream".....lihat betapa kuatnya sokongan ibubapa terhadap minat anaknya...


sebenarnya aku nak kaitkan dengan situasi ibubapa sekarang yang berharap sangat anak-anak mereka untuk mendpat "STRAIGHT A" dalam apa jua peperiksaan.

Betul memang pencapaian yang baik adalah sesuatu yang menimbulkan kepuasan dan kebanggaan kepada ibubapa tetapi INGATLAH WAHAI IBUBAPA tidak semua insan itu diberikan dengan kelebihan CEMERLANG DALAM PENDIDIKAN....

ada pelbagai lagi cabang yang boleh membuatkan seseorang itu berjaya dalam hidup. Maka wahai ibubapa memberikan didikan sempurna adalah lebih penting..dan kecemerlangan di dalam pendidikan adalah perkara kedua...

Jika pencapaian anak-anak kurang baik di dalam pendidikan mungkin mereka ada kelebihan dari segi KEMAHIRAN / SUKAN /BAKAT maka jika ibubapa dapat mengesan kelebihan lain yang ada pada anak-anak mereka ini sila lah beri sokongan dengan memberikan tunjuk ajar dan sumber-sumber lain yang boleh membantu anak mereka untuk mengasah bakat/ kemahiran yang ada pada anak-anak.



kenangan semasa di sekolah menengah dulu..bukan di MRSM atau SBP ke ape....di SEKOLAH HARIAN BIASA YER.... tetapi aku tetap merasakan aku telah berjaya dalam menentukan masa depan aku...

tetiba teringat masa darjah 6 dulu....dapat result UPSR...dapat 2A jer....tapi tetap tak rasa sedih ke apa sebab memang kurang matang masa tu...tau nak main jer....sibuk dengan kokurikulum masuk pertandingan bercerita, teater, choral speaking, melukis apa bagaiii.... (bermakna aku ada kelebihan dalam bidang bakat ni...ceeewah... angkat bakul sendiri...)

siap kena perli lagi ngan ummi dan walid "dah puas hati ke dapat result tu???" (sampai dah besar panjang ni pun masih mekar diingatan tau...)

tiada perkataan "tahniah" , tiada perkataan "takpe cuba lagi" memang takde...(sedih tau....)

tetapi nasib baiklah aku ni jenis positive thinking (nampak tak bakul terangkat nih...hehe)
aku jadikan benda tu sebagai pembakar semangat aku untuk terus belajar bersungguh-sungguh sehinggalah dimana aku sekarang... sampai setiapkali exam semester pun aku akan pastikan aku lakukan yang terbaik...for me and for my parents....

yer aku bukanlah seorang doktor atau arkitek atau peguam yang hendak dimegah-megahkan.....aku seorang GURU...sebab aku memang bercita-cita ingin menjadi seorang guru and my parents fully support me.... dan aku BANGGA MENJADI GURU...

Sunday, December 26, 2010

ll TIPS TEMUDUGA ll

Assalamualaikum....salam hamba salam untuk semua....aaaaaaaa....

entri kali ini aku nak bagi sedikit tips untuk menghadiri sesuatu temuduga.
Sebenarnya kalau nak diikutkan pelbagai perkara yang perlu kita patuhi ataupun dengan kata lain tidak boleh lakukan semasa temuduga.

tapi aku rasa tidak perlulah aku sentuh sampai sekecil-kecil perkara sehingga membuatkan kamu semua rasa nak terkencing semasa hendak menghadiri temuduga. Cukuplah aku bincangkan sedikit mengenai perkara-perkara yang perlu sahaja kan...ringkas tetapi berkesan...

PERSIAPAN FIZIKAL

1- Lakukan semua rutin penjagaan diri seperti biasa bagi mengelakkan bau yang tidak menyenangkan dan kelihatan bersih.

2- Patikan rambut pendek dan segala rerambut lain pada wajah kelihatan rapi.


3- Dari segi bau-bauan cukuplah dengan memakai doedorant atau minyak wangi yang menyenangkan.Jangan terlalu berlebih-lebih.

PAKAIAN


1- Mestilah kalau hendak temuduga pakaian yang formal diperlukan.

2- Pastikan warna baju kemeja adalah dari warna yang lembut-lembut seperti light blue, ligt yellow atau kalau tidak mahu pening-pening boleh pakai kemeja putih sahaja.

3- Tali leher mestilah diikat kemas. (Dalam pemakaian tali leher hendaklah tidak melebihi paras pusat, ini kerana sesiapa yang memakai melebihi paras pusat dianggap sudah berkahwin)

4- Warna seluar hendaklah gelap. Warna hitam adalah yang terbaik.

5- Bagi tali pinggang dan kasut seeloknya bewarna hitam. Kepala tali pinggang bersaiz sederhana sudah memadai (tak perlu kepala tali pinggang tersebut berbentuk superman bagai!!! cukuplah sesuatu yang simple)

6- Pakaian yang dipakai hendaklah tidak terlalu sendat atau pun longgar.Pastikan kamu selesa memakai pakaian tersebut.

SEMASA TEMUDUGA

1- Pastikan kamu menuruti segala arahan yang mungkin ditampal pada pintu bilik temuduga. Contohnya mungkin pada pintu berkenaan ditampalkan peraturan : " SILA TANGGALKAN KASUT ANDA" maka kamu turutilah arahan tersebut kerana arahan tersebut mungkin salah satu prosedur temuduga untuk melihat tahap keperihatinan dan disiplin anda.

2- Bagi salam bagi yang beragama Islam dan kalau yang non-muslim ucapkan selamat sejahtera atau selamat pagi jika kamu ditemuduga pada sesi pagi. "Salam Satu Malaysia" hah yang ni aku rasa tak perlulah kowt...

3- Duduk apabila dipelawa untuk duduk. Pastikan gerak-geri terpelihara, jangan menunjukkan isyarat yang kurang manis atau biadap begitu juga apabila kamu berbicara atau menjawab soalan temuduga.




4- Jawab soalan penemuduga dengan tenang, jelas, boleh didengari dan satu-persatu. Jangan terlalu gelojoh untuk menjawab.

6- Jangan terlalu banyak bercakap atau terlalu kurang bercakap pendek kata berpada-pada apabila bercakap.

5- Jawab dengan menggunakan bahasa yang digunakan oleh penemuduga. Jika soalan berbahasa melayu maka jawablah dengan menggunakan bahasa melayu "standard" jangan campur aduk bahasa.

KEPERLUAN SEMASA TEMUDUGA

1- Pastikan segala dokumen atau borang dilengkapi dengan baik dan begitu juga dengan sijil disusun dengan teratur di dalam buku sijil.

2- Sila jujur semasa menjawab soalan (jangan lah terlalu jujur sehinggakan kamu mengatakan kamu kurang berminat dengan kerja ini atau selepas ini kamu akan ke temuduga yang lain pula. ini menunjukkan kamu tidak berminat terhadap kerja berkenaan )

3- Bahasakan diri kamu "saya" dan penemuduga "tuan/puan/encik/doktor/dato'/datin" atau apa sahaja panggilan yang sesuai dan beradab.

BAHASA INGGERIS

1- Kebiasaannya tuntutan temuduga hari ini memerlukan kita menggunakan bahasa inggeris walaupun mungkin hanya satu soalan berbentuk bahasa inggeris dikemukakan oleh penemuduga.Oleh itu latihan dirumah amat penting.

2- Pastikan kamu menjawab apa yang disoalkan dengan kata lain fahami soalan.

3- Gunakan perkataan-perkataan yang difahami oleh kamu sendiri tidak perlu anda berusaha gigih menggunakan perkataan-perkataan bombastik.

4- Jangan terlalu takut untuk bercakap dalam bahasa inggeris kerana kesalahan tatabahasa adalah perkara biasa.


5- Jangan pulak bila penemuduga suruh jawab korang jawab dalam bahasa inggeris korang guna alasan ni tau....Martabatkan bahasa malaysia "Bahasa Jiwa Bangsa"!!!!.

Sebenarnya banyak lagi perkara lain tapi aku rasa kalau kamu ikuti atau patuhi yang ini sudah memadai. Boleh layari laman sesawang lain lagi untuk lebih tips....

Friday, December 17, 2010

ll SEKADAR KENANGAN ll

hah post kali ni...saja aku post kat blog aku ni sebagai simpanan atau arkib orang kata kan...hehe

sumber : Utusan Malaysia ( klik di sini )


3 pelajar IPG menang anugerah


MUHD. Redzuan Muhammad (kiri), Abu Bakar Ramsah (tengah) dan Mohd. Afiq Azfar Zainuddin bersama replika cek RM3,000 dan tab mandi jenazah mudah alih ciptaan mereka yang memenangi Anugerah Inovasi Islam 2010 kategori prasiswazah pada Ekspo Inovasi Islam anjuran USIM di Seremban, baru-baru ini.


SEREMBAN 12 Okt. - Usaha memperhebatkan inovasi dalam memenuhi keperluan komuniti Islam diteruskan lagi oleh sekumpulan penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) Perlis melalui penghasilan rekaan 'tab mandi jenazah mudah alih'.

Rekaan inovatif itu dianggap sebagai transformasi ke arah memudahkan serta mempercepatkan proses pengurusan jenazah khususnya di kalangan umat Islam.

Ini kerana tab berkenaan yang dilengkapi ciri mudah alih dari segi saiz dan boleh dilipat membuatkan ia amat efisien untuk dibawa ke mana sahaja sekali gus mengatasi kelemahan tab mandi jenazah yang sedia ada.

Lebih membanggakan, rekaan kumpulan tersebut yang dianggotai Abu Bakar Ramsah, 22, Mohd. Afiq Azfar Zainuddin, 21, dan Muhd. Redzuan Muhammad, 21, itu terpilih sebagai penerima Anugerah Inovasi Islam 2010 kategori prasiswazah pada Ekspo Inovasi Islam (i-Inova'10) anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini baru-baru ini.

Menerusi rekaan itu juga, kumpulan itu turut berjaya memenangi kategori sains sosial dan komuniti pada ekspo tersebut.

Menurut ketua kumpulan projek berkenaan, Abu Bakar, idea untuk menghasilkan rekaan tersebut tercetus secara spontan apabila dia bersama ahli kumpulannya itu menyaksikan kesulitan yang dihadapi oleh umum dalam menguruskan jenazah.

''Idea ini tercetus apabila kami melihat terdapat beberapa kelemahan yang boleh diatasi terhadap penggunaan tab mandi sedia ada dalam proses menguruskan jenazah.

''Maka terlintas di fikiran kami untuk menghasilkan sebuah tab mandi yang lebih kecil dan efisien untuk digunakan umum," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Stadium Tertutup Nilai di sini baru-baru ini.

Katanya, model rekaan tersebut telah siap dihasilkan oleh ahli kumpulannya pada Februari lalu, di mana ia hanya menelan belanja sebanyak RM500.

Jelas Abu Bakar, rekaan kumpulannya itu memberikan beberapa kelebihan dan manfaat dalam memudahkan urusan menguruskan jenazah.

''Pertama, ia boleh dilipat dalam saiz yang lebih kecil dan ringan sekali gus ia mudah dibawa ke mana-mana selain ia mudah disimpan dan dibersihkan.

''Selain itu, tab ini juga membolehkan jenazah dikapan dengan mudah dan ia sememangnya sesuai untuk memandikan jenazah orang kurang upaya (OKU)," ujarnya.

Tambah Abu Bakar, rekaan tersebut turut dilengkapi dengan sistem saluran air yang baik di bahagian bawahnya yang bertujuan menyalurkan air basuhan jenazah dibuang dengan tertib tanpa sebarang lelehan.

Bagaimanapun katanya, ahli kumpulan itu kini berhadapan dengan masalah untuk mempatenkan rekaan tersebut sebelum ia dapat dikomersialkan ke pasaran tempatan mahupun antarabangsa berikutan kekangan modal.

''Sehingga kini kami masih tidak menerima sebarang bantuan modal atau dana dalam usaha kami untuk mempatenkan rekaan kami ini," katanya.



p/s : ini menjadi suatu kenangan yang amat bermakna...

lagi entri menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...