Sunday, December 26, 2010

ll TIPS TEMUDUGA ll

Assalamualaikum....salam hamba salam untuk semua....aaaaaaaa....

entri kali ini aku nak bagi sedikit tips untuk menghadiri sesuatu temuduga.
Sebenarnya kalau nak diikutkan pelbagai perkara yang perlu kita patuhi ataupun dengan kata lain tidak boleh lakukan semasa temuduga.

tapi aku rasa tidak perlulah aku sentuh sampai sekecil-kecil perkara sehingga membuatkan kamu semua rasa nak terkencing semasa hendak menghadiri temuduga. Cukuplah aku bincangkan sedikit mengenai perkara-perkara yang perlu sahaja kan...ringkas tetapi berkesan...

PERSIAPAN FIZIKAL

1- Lakukan semua rutin penjagaan diri seperti biasa bagi mengelakkan bau yang tidak menyenangkan dan kelihatan bersih.

2- Patikan rambut pendek dan segala rerambut lain pada wajah kelihatan rapi.


3- Dari segi bau-bauan cukuplah dengan memakai doedorant atau minyak wangi yang menyenangkan.Jangan terlalu berlebih-lebih.

PAKAIAN


1- Mestilah kalau hendak temuduga pakaian yang formal diperlukan.

2- Pastikan warna baju kemeja adalah dari warna yang lembut-lembut seperti light blue, ligt yellow atau kalau tidak mahu pening-pening boleh pakai kemeja putih sahaja.

3- Tali leher mestilah diikat kemas. (Dalam pemakaian tali leher hendaklah tidak melebihi paras pusat, ini kerana sesiapa yang memakai melebihi paras pusat dianggap sudah berkahwin)

4- Warna seluar hendaklah gelap. Warna hitam adalah yang terbaik.

5- Bagi tali pinggang dan kasut seeloknya bewarna hitam. Kepala tali pinggang bersaiz sederhana sudah memadai (tak perlu kepala tali pinggang tersebut berbentuk superman bagai!!! cukuplah sesuatu yang simple)

6- Pakaian yang dipakai hendaklah tidak terlalu sendat atau pun longgar.Pastikan kamu selesa memakai pakaian tersebut.

SEMASA TEMUDUGA

1- Pastikan kamu menuruti segala arahan yang mungkin ditampal pada pintu bilik temuduga. Contohnya mungkin pada pintu berkenaan ditampalkan peraturan : " SILA TANGGALKAN KASUT ANDA" maka kamu turutilah arahan tersebut kerana arahan tersebut mungkin salah satu prosedur temuduga untuk melihat tahap keperihatinan dan disiplin anda.

2- Bagi salam bagi yang beragama Islam dan kalau yang non-muslim ucapkan selamat sejahtera atau selamat pagi jika kamu ditemuduga pada sesi pagi. "Salam Satu Malaysia" hah yang ni aku rasa tak perlulah kowt...

3- Duduk apabila dipelawa untuk duduk. Pastikan gerak-geri terpelihara, jangan menunjukkan isyarat yang kurang manis atau biadap begitu juga apabila kamu berbicara atau menjawab soalan temuduga.




4- Jawab soalan penemuduga dengan tenang, jelas, boleh didengari dan satu-persatu. Jangan terlalu gelojoh untuk menjawab.

6- Jangan terlalu banyak bercakap atau terlalu kurang bercakap pendek kata berpada-pada apabila bercakap.

5- Jawab dengan menggunakan bahasa yang digunakan oleh penemuduga. Jika soalan berbahasa melayu maka jawablah dengan menggunakan bahasa melayu "standard" jangan campur aduk bahasa.

KEPERLUAN SEMASA TEMUDUGA

1- Pastikan segala dokumen atau borang dilengkapi dengan baik dan begitu juga dengan sijil disusun dengan teratur di dalam buku sijil.

2- Sila jujur semasa menjawab soalan (jangan lah terlalu jujur sehinggakan kamu mengatakan kamu kurang berminat dengan kerja ini atau selepas ini kamu akan ke temuduga yang lain pula. ini menunjukkan kamu tidak berminat terhadap kerja berkenaan )

3- Bahasakan diri kamu "saya" dan penemuduga "tuan/puan/encik/doktor/dato'/datin" atau apa sahaja panggilan yang sesuai dan beradab.

BAHASA INGGERIS

1- Kebiasaannya tuntutan temuduga hari ini memerlukan kita menggunakan bahasa inggeris walaupun mungkin hanya satu soalan berbentuk bahasa inggeris dikemukakan oleh penemuduga.Oleh itu latihan dirumah amat penting.

2- Pastikan kamu menjawab apa yang disoalkan dengan kata lain fahami soalan.

3- Gunakan perkataan-perkataan yang difahami oleh kamu sendiri tidak perlu anda berusaha gigih menggunakan perkataan-perkataan bombastik.

4- Jangan terlalu takut untuk bercakap dalam bahasa inggeris kerana kesalahan tatabahasa adalah perkara biasa.


5- Jangan pulak bila penemuduga suruh jawab korang jawab dalam bahasa inggeris korang guna alasan ni tau....Martabatkan bahasa malaysia "Bahasa Jiwa Bangsa"!!!!.

Sebenarnya banyak lagi perkara lain tapi aku rasa kalau kamu ikuti atau patuhi yang ini sudah memadai. Boleh layari laman sesawang lain lagi untuk lebih tips....

No comments:

lagi entri menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...