Thursday, January 6, 2011

Kisah Si Anak Kecil

Nak citer kisah benar yang sedih pulak.....
First, aku nak bagi tau awal-awal aku tak pandai tulis cerita sedih-sedih tapi aku cuba menerangkan situasi yang dialami dengan sebaik mungkin...

Second, sila view video dibawah sekarang sambil membaca kisah ini





kisah nyer bermula macam ni...

Sepupu aku ni dikurniakan dengan 2 orang cahaya mata...
Kedua-dua nya hero...
Beza umur kedua-dua anaknya hanyalah 1 tahun...
Dahhh umurnya pun hampir... jadi kalau lihat kedua-dua anaknya ni persis seperti kembar...
Main sama-sama...
Mandi sama-sama...
Makan sama-sama...
Pendek kata semualah dilakukan bersama...

Nak dijadikan cerita ketika kedua-dua anaknya sedang bermain...
Si adik terjatuh akibat cuba berdiri di atas buah kelapa...

Perkara biasalah kalau budak-budak jatuh kan...
Tapi si adik ni mengadu sakit kaki...
Mungkin terseliuh..maka dibawalah ayahnya ke rumah tukang urut...
Namun beberapa hari selepas itu meskipun kakinya beransur pulih... si adik mengadu sakit kepala pula...

Si ayah dan ibu membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut...
Manalah tahu kalau ada gegaran di kepala berlaku semasa si anak jatuh beberapa hari yang lalu...(ini hanyalah andaian si bapa dan ibu)...

Selepas mendapatkan pemeriksaan doktor...

Doktor : Saya mendapati ada ketumbuhan kecil di dalam otak anak tuan puan...saya harap tuan dan puan bersabar...

sudah tentu berita yang diterima itu mengejutkan kedua-duanya...mana taknya...anak yang dilahirkan cukup sifatnya, sihat, cergas serta petah berkata-kata seperti kanak-kanak lain.. langsung tidak menunjukkan sebarang tanda yang ada ketumbuhan di dalam otaknya...

Si bapa : Serius sangat ker ketumbuhan itu doktor ?

Doktor : mmm... Sudah tentu kerana ketumbuhan itu akan membesar dari semasa ke semasa dan mungkin akan mengganggu perkembangan fizikal dan mental anak tuan puan....

Si ibu : Bagaimana jika kita lakukan pembedahan membuang ketumbuhan tersebut doktor ?

Doktor : Melihat kepada kedudukan ketumbuhan tersebut risiko untuk selamat semasa menjalani pembedahan pembuangan ketumbuhan tersebut adalah 50-50...
Hati ibu mana tidak hancur luluh mendengarkan berita tersebut ? Selepas perbincangan si ayah tidak mahu menanggu risiko yang besar ini dan tidak rela untuk menjalankan pembedahan tersebut ke atas anaknya selagi anaknya tidak benar-benar jatuh sakit suatu hari nanti...
dan keputusan tesebut dihormati oleh pihak hospital...

Dipendekkan cerita perubahan demi perubahan ke atas anak tersebut dapat dilihat oleh mata aku sendiri...

Perubahan paling ketara adalah mata si anak menjadi juling akibat gangguan pada saraf mata...

Kemudiannya anak yang dahulunya lincah bermain dengan abangnya hanya mampu mengekori kemana sahaja abangnya pergi tanpa daya untuk bermain lagi...

Anak yang dahulunya bijak kini tidak lagi mampu berfikir seperti kanak-kanak sihat yang lain...
Peristiwa paling menyetuh hati apabila si adik ini dari rumah neneknya ingin ke rumah datuk saudaranya bersebelahan sahaja dengan rumah neneknya itu...

ketika itu hujan renyai-renyai maka diberikanlah si nenek payung kepada cucunya itu..
Maka pergilah si cucu ke rumah datuk saudaranya dalam keadaan berpayung sehinggalah masuk ke dalam rumah datuk saudaranya masih lagi dalam keadaaan berpayung hinggalah ke ruang tamu...
Si anak tersebut tidak lagi dapat berfikir dengan baik bahawa payung yang basah itu tidak boleh dimasukkan ke dalam rumah.....jika kanak-kanak sihat yang lain sudah tentu akan meninggalkan payung itu diluar rumah kan???

Sayunya rasa hati ini melihatkan ketumbuhan di otaknya semakin menguasai perlakuan si anak
yang tidak berdosa ini...
Lebih sayu apabila setiap kali aku turun dari kereta si anak akan menunggu aku di sisi pintu kereta untuk bersalam dengan aku dan disusuri dengan pelbagai soalan antaranya :

Si anak : Ni nak pergi mana ni ?

Aku : mmmmm....mmmmmm....mmmm...(aku menjadi gagap dan tidak dapat menjawab soalannya kerana pemikiran aku sudah mula memikirkan macam-macam...)

sayu hati ini untuk menjawabnya...seolah-olah si anak itu mahu aku berada disisinya dan tidak mahu sesiapapun meninggalkannya... hati ini menangis terkenangkan nasib si anak yang masih belum mengerti itu...raut wajahnya sudah cukup menggambarkan penderitaannya...

aku tidak sanggup melihat apa pula penderitaan yang akan dihadapi olehnya selepas ini!!!

aku jadi buntu...apakah daya aku untuk membantunya?

apatah lagi kedua ibubapanya ?

bagaimana pula dengan penerimaan abangnya yang masih memerlukan teman bermain ?

aku sentiasa berdoa agar sesuatu yang "miracle" bakal berlaku ke atas anak tersebut.. moga ALLAH memanjangkan umurnya dan menyembuhkan penderitaan yang di alami olehnya ...amin.

4 comments:

Melati said...

alahai,.... sedih la pulak rasa malam2 baca citer ni...

AFIQ AZFAR said...

tolong la sama-sama bedoa sekali utk dia erk...

Hidayati said...

Alahai sedihnye... macam nak nangis dah ni....

hafizimedsi said...

erm... kalu tumor yg melibatkn part otak mmg ssh nak kate cos brain yg kawal tubuh badan kita ni... dh cuba traditional treatment??? mmg la doktor x bg kita wat traditional treatment ni tp ikhtiar la... kesian dgr...

lagi entri menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...